Pages

Saturday, 8 October 2016

Tips Untuk Menjaga Kekemasan Diri Bagi Lelaki


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada kalian yang membaca blog saya ini. Di sini, saya sebagai orang biasa tidak salah untuk saya berkongsi kepada anda tentang ilmu yang telah saya pelajari. Seperti yang kita ketahui, semua lelaki di dunia ini menginginkan keterampilan diri yang kemas serta bergaya. Selain itu juga, personaliti kita amat penting bagi menarik perhatian kaum hawa. Sering kita lihat pada ketika ini, terdapat hanya beberapa sahaja kaum lelaki yang bijak untuk menjaga kekemasan diri. Tanpa membuang masa, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips untuk anda tentang cara menjaga kekemasan diri bagi lelaki.

1. Aspek pemakaian

Pertama sekali, bagi kaum lelaki yang mahu menjaga kekemasan diri perlulah bijak dalam aspek pemakaian. Lelaki yang sentiasa menjaga keterampilan diri akan sentiasa memilih pakain yang bersesuaian dengan keadaan. Contohnya, jika menghadiri kenduri kahwin bagi kaum lelaki seharusnya mereka memakai kemeja agar lebih nampak segak dan matang. Selain itu, pemilihan warna baju juga amat penting dalam aspek pemakaian ini. Bagi lelaki yang berkulit cerah, mereka lebih mudah untuk memilih warna apa sahaja kerana semua warna bersesuaian dengan kulit mereka. Akan tetapi bagi lelaki yang berkulit gelap, mereka seharusnya tidak boleh memakai pakaian yang berwarna cerah dan menonjol kerana mereka akan nampak hodoh. Jika tidak percaya anda boleh cuba (lelaki kulit gelap). Tambahan pula, pakailah pakaian yang kemas. Benda ini sebenarnya tidak perlu diajar kerana ianya perkara biasa. Jangan sesekali pakai pakaian yang berkedut kerana ia melambangkan lelaki itu tidak pandai mengurus diri

2. Aspek kesihatan

Lelaki yang bijak dalam menjaga kekemasan diri pasti akan pandai menjaga kesihatan diri mereka. Saya tahu bagi kaum lelaki hal ini merupakan perkara yang leceh dan menyusahkan. Walaupun perkara ini sukar untuk dilakukan tetapi ianya diperlukan dalam menjaga kekemasan diri. Pertama sekali dalam aspek kesihatan ini ialah lakukan senaman atau sukan. Ini boleh dilakukan pada setiap pagi atau petang. Lakukan senaman pada setiap pagi kerana ini akan mencergaskan diri anda serta membuat anda kelihatan ceria dan bertenaga. Selain itu, ianya juga akan membuat bentuk badan seseorang lelaki itu lebih ideal yang akan menarik minat kaum wanita. Siapa yang tidak mahu pasangan mereka cantik kan. Hahaha. Selain itu, pastikan kuku anda dipotong dan rambut disikat kemas.


3. Aspek pemakanan

Saya tahu bila saya bincang pasal aspek ini pasti kaum lelaki berasa tidak mahu tengok kerana mereka lebih gemar memakan apa sahaja yang mereka inginkan. Saya tahu bagi orang muda selagi boleh makan kita makan saja. Kurangkan makanan berlemak kerana ia boleh mendatangkan masalah obesiti yang akan menjejaskan keterampilan diri. Kebanyakan kaum lelaki menginginkan bentuk badan yang ideal. Oleh itu, pemilihan makanan haruslah dilakukan dengan teliti. Banyakkan makan sayur serta minum segelas susu pada setiap pagi. Selain memberi tenaga, ianya juga boleh memberi kesihatan yang baik kepada anda.

Terima kasih kerana membaca blog saya. Jika ada salah silap harap dibetulkan. Ini hanya kongsian ilmu semata-mata. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment