Pages

Sunday, 9 October 2016

Kesan Memakai Seluar Ketat


Di sini saya ingin berkongsi kepada anda tentang kesan memakai seluar ketat. Terdapat beberapa kesan yang saya ingin kongsikan.

1. Kepada kaum lelaki yang sering memakai seluar ketat akan menyebabkan mandul.

Seluar ketat


2. Kepada wanita pula akibat sering memakai seluar ketat akan menyebabkan masalah saraf dan sendi. Antara tempat yang acap kali boleh terkena ialah pinggang dan pinggul.

3. Pemakaian seluar ketat yang selalu juga boleh menyebabkan kanser. Kanser yang dikenali sebagai kanser Melanoma.

4. Selain itu, apabila seseorang itu sering memakai seluar ketat dalam tempoh masa yang panjang, ia juga boleh menyebabkan masalah muskuloskeletal iaitu masalah tulang dan otot.

5 Sunnah Rasulullah Dalam Berpakaian


Ia amat penting dalam kehidupan sekarang untuk mengikuti sunnah Rasulullah dalam berpakaian. Selain mencontohi beliau, kita juga akan mendapat pahal jika mengikuti sunnah Rasulullah. Saya akan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan kepada anda tentang 5 sunnah Rasulullah dalam berpakaian.

1. Berpakaian jenis gamis

Gamis ialah baju kurung. Rasulullah menyeru umatnya supaya berpakaian gamis Hal ini kerana pakaian ini jenis pakaian yang akan menutup aurat keseluruhan badan."Baju yang disenangi Rasulullah SAW adalah gamis," (Shahih al-Jami).


2. Pakai pakaian yang berwarna putih

Rasulullah juga menyeru umatnya supaya memakai pakaian yang ada warna putih. Hal ini kerana pakaian yang berwarna putih lebih baik daripada pakaian yang berwarna lain. Akan tetapi Rasulullah juga tidak melarang umatnya untuk memakai pakaian yang berwarna lain asalkan memenuhi kehendak syarak."Pakailah pakaian putih, kerana itu yang pakaian terbaik dan kafanilah orang yang meninggal di antara kalin dengan kain tersebut," (Shahih al-Jami).

3. Memulakan dari kanan

Kita juga boleh mengikut Rasulullah dalam aspek pemaikaian iaitu mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatan beliau.Aisyah RA berkata, "Rasulullah SAW selalu mendahulukan yang kanan dalam setiap pekerjaannya, seperti dalam bersuci, berjalan dan memakai sandal," (HR Mutaffaq 'Alaih).

4. Berdoa setiap kali memakai baju baru

Rasulullah juga pesan kepada umatnya supaya melafazkan doa setiap kali membeli baju baru kerana baju juga merupakan rezeki Allah kepada setiap manusia. Doa Rasulullah adalah"Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau telah memberikan pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang tercipta baginya dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan yang tercipta baginya," (Shahih al-Jami).


5. Mendoakan orang yang pakai baju baru

Di samping itu, Rasulullah juga menyeru umatnya supaya mendoakan orang lain yang memakai baju baru. Bukan sahaja mendoakan diri sendiri apabila mendapat baju baru bahkan mendoakan orang lain sekali yang memakai baju baru. Ummu Khalid RA mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah baju dengan gambar-gambar warna hitam, beliau berkata, “Siapa di antara kalin yang ingin mengenakan baju ini?” orang-orang diam, dan Rasul berkata, “ Panggil Ummu Khalid ke sini!” Maka aku dibawa kepada Nabi dan aku dipakaikan pakaian itu kepadaku dengan tangan beliau sendiri. Beliau berkata, “Semoga kamu panjang umur sampai baju ini rusak dan usang.” Nabi mangatakan hal itu dua kali. (HR. Al-Bukhari).
.

Kenapa Lelaki Lebih Meminati Kasut Jenis Sneakers? 


Merujuk kepada persoalan ini, saya di sini akan membincangkan kepada anda semua tentang faktor yang membuatkan lelaki lebih meminati kasut jenis sneakers. Lelaki pada masa sekarang lebih gemar mengikuti trend terkini. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lelaki lebih meminati kasut jenis sneakers.

1. Mudah 

Kasut sneakers dikatakan mudah dipakai dan selesa. Selain itu, kasut jenis sneakers lebih ringan dan tidak akan membuatkan si pemakainya berasa tidak selesa. Kasut sneakers mudah digunakan untuk pelbagai aktiviti harian dan boleh dipakai di mana-mana sahaja.

2. Mudah dibeli secara online 

Pada masa sekarang, terdapat banyak kasut sneakers dijual secara online. Bagi lelaki yang meminati kasut sneakers boleh beli secara online tanpa perlu membelinya di kedai kasut atau pusat membeli-belah. Banyak website yang boleh dilayari untuk membeli kasut sneakers.

3. Banyak jenis dan menarik 

Kasut sneakers kelihatan simple tetapi ia menarik dan diminati oleh para lelaki pada masa kini. Ia juga dibuat dengan banyak jenis dan ada yang original dan tidak original.

Saturday, 8 October 2016

Pakaian Bagi Orang Islam Sama Ada Lelaki Atau Wanita


Bagi seorang Muslim yang menurut perintah Allah, cara pemakaian haruslah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Tidak kira di mana kita berada, pemakaian mestilah menurut agama Islam. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pakaian bagi orang Islam untuk lelaki dan perempuan.

1. Pakaian yang menutup aurat

Bagi kaum lelaki, aurat mereka adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala aurat bagi kaum perempuan adalah seluruh anggota tubuh badannya kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki.

2. Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat

Sama ada lelaki dan perempuan, mereka seharusnya tidak boleh memakai pakaian yang ketat kerana ia boleh menampakkan bentuk tubuh badan kita. Ia dilarang dalam Islam. Walaupun kita telah memakai pakaian yang telah menutup aurat tetapi pakaian itu ketat, ia juga boleh dikatakan tidak menutup aurat kerana boleh nampak bentuk tubuh badan kita.

3. Tidak menampakkan bentuk tubuh badan

Pakaian yang jarang yang boleh menampakkan bentuk tubuh badan juga dilarang dalam Islam kerana ianya tidak memenuhi hukum syarak. Selain boleh menampakkan tubuh badan kita, ia juga boleh menimbulkan nafsu syahwat kepada orang yang melihatnya. Sebaiknya perkara ini dicegah kerana ia boleh mendatang implikasi yang buruk kepada seseorang itu. 

4. Pakaian lelaki dan wanita berbeza

Pakaian lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita dan pakaian wanita tidak boleh dipakai oleh lelaki.Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap wanita. " (Bukhari dan Muslim).

Sejarah Tentang Jeans


Assalamualaikum. Saya ingin berlkongsi kepada anda tentang sejarah kain jenis jeans.

Kain jeans dibuat pada tahun 1560 iaitu dibuat di Genoa, Itali. Kain jenis jeans yang pertama dibuat kerana ianya diperlukan oleh angkatan tentera laut. Ianya diakatakan lebih tahan lasak dan boleh dipakai lama. Kain jeans ini telah dibuat dan kebanyakan masyarakat menyukainya kerana ianya lebih tahan lasak dan sesuai dengan mereka. 

Pada abad ke 18, kain jeans telah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia diperkenalkan oleh seorang pemuda yang bernama Levi Strauss. Levi Strauss dibantu oleh rakannya yang bernama Jacob davis. Selain itu, mereka juga telah mencipta satu kancing pada jeans untuk menggantung celana kerana jeans ini diperkenalkan kepada pelombong emas.


Kemudian pada tahun 1970, pada waktu inilah jeans mula mencapai zaman kemuncaknya. Hal ini disebabkan oleh pada waktu ini berlaku satu peristiwa apabila Barat dilanda 'endemi' hippie. Jeans dijadikan sebagai simbol permberontakan bagi mereka. 

Setelah dua abad jeans bertahan dalam masyarakat, akhirnya jeans kini menjadi satu pakaian yang sering dipakai oleh semua orang dan menjadi satu trend dalam aspek pemakaian. Tidak kira tua atau muda, jeans menjadi pilihan si pemakai.

Sejarah ini dikongsi untuk memberi ilmu kepada anda tentang jeans. Sekian :)

Cara Mengenali Barang Daripada Kulit Babi


1. Pastikan secara betul struktur kulit yang ingin dibeli atau yang telah digunakan. Kita boleh mengenal pasti struktur kulit babi kerana ia mudah untuk dikenal pasti kerana ia berbeza dengan kulit binatang lain. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Anda boleh belek dan lihat dengan teliti pada barang itu. Kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Langkah Mudah Dan Berkesan Untuk Menjahit Seluar Jeans Yang Koyak


Kalau seluar jeans anda koyak mesti anda tidak mahu pakai lagi dan membuang seluar jeans itu. Jangan buang, seluar jeans itu masih boleh dipakai. Tidak perlu untuk menghantar seluar jeans itu ke kedai jahit. Anda boleh menjahit sendiri seluar jeans itu. Saya ingin berkongsi kepada anda cara menjahit yang mudah tanpa perlu pergi belajar menjahit. Saya ada dan saya boleh membantu anda. Tidak perlu bayar dan perkongsian ini ikhlas dari saya.

1. Anda hanya perlu barang-barang asas jahitan iaitu jarum, gunting dan benang. Tidak perlu barang-barang lain, hanya memerlukan barang-barang asas.

2. Pilih kain yang berwarna sesuai dengan seluar jeans anda. Jahit pada tampalan yang koyak itu. Cara meletak tampalan itu ikut kehendak anda.

3. Jahit pada keliling tampalan agar tidak mudah untuk terbuka. Jahitan yang sesuai ialah jahitan jahit tampal agar jahitan itu lebih ketat dan tidak mudah untuk terbuka.

4. Selalunya kain jeans seusai dengan tampalan yang kain perca yang berjenis jeans.

5. Pelbagai gaya jahitan yang boleh dilakukan untuk menampakkan jahitan anda lebih menarik dan sesuai dengan gaya anda.

Sekian terima kasih. Selamat menjahit. Jangan buang boleh pakai lagi.