Pages

Saturday, 8 October 2016

Langkah Mudah Dan Berkesan Untuk Menjahit Seluar Jeans Yang Koyak


Kalau seluar jeans anda koyak mesti anda tidak mahu pakai lagi dan membuang seluar jeans itu. Jangan buang, seluar jeans itu masih boleh dipakai. Tidak perlu untuk menghantar seluar jeans itu ke kedai jahit. Anda boleh menjahit sendiri seluar jeans itu. Saya ingin berkongsi kepada anda cara menjahit yang mudah tanpa perlu pergi belajar menjahit. Saya ada dan saya boleh membantu anda. Tidak perlu bayar dan perkongsian ini ikhlas dari saya.

1. Anda hanya perlu barang-barang asas jahitan iaitu jarum, gunting dan benang. Tidak perlu barang-barang lain, hanya memerlukan barang-barang asas.

2. Pilih kain yang berwarna sesuai dengan seluar jeans anda. Jahit pada tampalan yang koyak itu. Cara meletak tampalan itu ikut kehendak anda.

3. Jahit pada keliling tampalan agar tidak mudah untuk terbuka. Jahitan yang sesuai ialah jahitan jahit tampal agar jahitan itu lebih ketat dan tidak mudah untuk terbuka.

4. Selalunya kain jeans seusai dengan tampalan yang kain perca yang berjenis jeans.

5. Pelbagai gaya jahitan yang boleh dilakukan untuk menampakkan jahitan anda lebih menarik dan sesuai dengan gaya anda.

Sekian terima kasih. Selamat menjahit. Jangan buang boleh pakai lagi.

No comments:

Post a Comment