Pakaian Bagi Orang Islam Sama Ada Lelaki Atau Wanita
Bagi seorang Muslim yang menurut perintah Allah, cara pemakaian haruslah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Tidak kira di mana kita berada, pemakaian mestilah menurut agama Islam. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pakaian bagi orang Islam untuk lelaki dan perempuan.
1. Pakaian yang menutup aurat
Bagi kaum lelaki, aurat mereka adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala aurat bagi kaum perempuan adalah seluruh anggota tubuh badannya kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki.
2. Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat
Sama ada lelaki dan perempuan, mereka seharusnya tidak boleh memakai pakaian yang ketat kerana ia boleh menampakkan bentuk tubuh badan kita. Ia dilarang dalam Islam. Walaupun kita telah memakai pakaian yang telah menutup aurat tetapi pakaian itu ketat, ia juga boleh dikatakan tidak menutup aurat kerana boleh nampak bentuk tubuh badan kita.
3. Tidak menampakkan bentuk tubuh badan
Pakaian yang jarang yang boleh menampakkan bentuk tubuh badan juga dilarang dalam Islam kerana ianya tidak memenuhi hukum syarak. Selain boleh menampakkan tubuh badan kita, ia juga boleh menimbulkan nafsu syahwat kepada orang yang melihatnya. Sebaiknya perkara ini dicegah kerana ia boleh mendatang implikasi yang buruk kepada seseorang itu.
4. Pakaian lelaki dan wanita berbeza
Pakaian lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita dan pakaian wanita tidak boleh dipakai oleh lelaki.Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap wanita. " (Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment