Sejarah Tentang Jeans
Assalamualaikum. Saya ingin berlkongsi kepada anda tentang sejarah kain jenis jeans.
Kain jeans dibuat pada tahun 1560 iaitu dibuat di Genoa, Itali. Kain jenis jeans yang pertama dibuat kerana ianya diperlukan oleh angkatan tentera laut. Ianya diakatakan lebih tahan lasak dan boleh dipakai lama. Kain jeans ini telah dibuat dan kebanyakan masyarakat menyukainya kerana ianya lebih tahan lasak dan sesuai dengan mereka.
Pada abad ke 18, kain jeans telah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia diperkenalkan oleh seorang pemuda yang bernama Levi Strauss. Levi Strauss dibantu oleh rakannya yang bernama Jacob davis. Selain itu, mereka juga telah mencipta satu kancing pada jeans untuk menggantung celana kerana jeans ini diperkenalkan kepada pelombong emas.
Kemudian pada tahun 1970, pada waktu inilah jeans mula mencapai zaman kemuncaknya. Hal ini disebabkan oleh pada waktu ini berlaku satu peristiwa apabila Barat dilanda 'endemi' hippie. Jeans dijadikan sebagai simbol permberontakan bagi mereka.
Setelah dua abad jeans bertahan dalam masyarakat, akhirnya jeans kini menjadi satu pakaian yang sering dipakai oleh semua orang dan menjadi satu trend dalam aspek pemakaian. Tidak kira tua atau muda, jeans menjadi pilihan si pemakai.
Sejarah ini dikongsi untuk memberi ilmu kepada anda tentang jeans. Sekian :)
No comments:
Post a Comment