Pages

Saturday, 8 October 2016

Cara Merapikan Pakaian Tanpa Perlu Menggosok Guna Seterika

Jarang sekali kita dengar pakaian akan tetap rapi tanpa perlu gosok guna seterika. Bagi sesiapa yang malas menggosok baju, anda bolehlah melawat blog saya dan anda akan dapat cara mudah merapikan pakaian tanpa perlu menggosok. Bagi yang rajin pun boleh cuba. Marilah kita sama-sama melihat bagaimana cara merapikan pakaian tanpa perlu menggosok menggunakan seterika

1. Pertama sekali, anda boleh cuci pakaian seperti biasa. Selepas mencuci pakaian, pakaian itu perlulah perlulah dikibas terlebih dahulu sebelum dijemur. Apabila dikibas, pakaian akan lebih kemas dan apabila kering pakaian itu tidak perlu dogosok lagi kerana ianya sudah kemas dan rapi. Baju yang tidak dikibas akan lebih mudah berkedut. 

2. Selain itu, lipat pakaian secara rapi dan teratur. Selepas lipat, pakaian itu boleh disimpan di dalam almari pakaian. Apabila anda melipat pakaian secara rapi, pakaian yang kusut dan berkedut secara tidak langsung akan menjadi rapi. Hal ini keraan pakaian itu berhimpit sesama sendiri dan ia akan mengurangkan kusut pada baju. 

3. Mahu cara yang lebih mudah ialah beli pakaian yang susah untuk kedut. Pilih kain yang tidak mudah kedut. Oleh itu, anda tidak perlulah bersusah payah untuk menggosok pakaian itu. Pilihlah kain yang lembut kerana ia sukar untuk berkedut.

4. Anda juga boleh gantungkan pakaian kusut anda dalam bilik mandi. Selepas menggantung pakaian dalam bilik mandi, buka air panas dan tutup semua tingkap dalam bilik mandi (kalau ada tingkap) serta pintu sekali. Biarkan selama 15 minit dan pakaian anda akan kelihatan rapi tanpa ada kusut. 

Itulah cara-caranya membuat pakaian anda kelihatan kemas tanpa perlu menggosok. :)

No comments:

Post a Comment