5 Sunnah Rasulullah Dalam Berpakaian
Ia amat penting dalam kehidupan sekarang untuk mengikuti sunnah Rasulullah dalam berpakaian. Selain mencontohi beliau, kita juga akan mendapat pahal jika mengikuti sunnah Rasulullah. Saya akan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan kepada anda tentang 5 sunnah Rasulullah dalam berpakaian.
1. Berpakaian jenis gamis
Gamis ialah baju kurung. Rasulullah menyeru umatnya supaya berpakaian gamis Hal ini kerana pakaian ini jenis pakaian yang akan menutup aurat keseluruhan badan."Baju yang disenangi Rasulullah SAW adalah gamis," (Shahih al-Jami).
2. Pakai pakaian yang berwarna putih
Rasulullah juga menyeru umatnya supaya memakai pakaian yang ada warna putih. Hal ini kerana pakaian yang berwarna putih lebih baik daripada pakaian yang berwarna lain. Akan tetapi Rasulullah juga tidak melarang umatnya untuk memakai pakaian yang berwarna lain asalkan memenuhi kehendak syarak."Pakailah pakaian putih, kerana itu yang pakaian terbaik dan kafanilah orang yang meninggal di antara kalin dengan kain tersebut," (Shahih al-Jami).3. Memulakan dari kanan
Kita juga boleh mengikut Rasulullah dalam aspek pemaikaian iaitu mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatan beliau.Aisyah RA berkata, "Rasulullah SAW selalu mendahulukan yang kanan dalam setiap pekerjaannya, seperti dalam bersuci, berjalan dan memakai sandal," (HR Mutaffaq 'Alaih).4. Berdoa setiap kali memakai baju baru
Rasulullah juga pesan kepada umatnya supaya melafazkan doa setiap kali membeli baju baru kerana baju juga merupakan rezeki Allah kepada setiap manusia. Doa Rasulullah adalah"Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau telah memberikan pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang tercipta baginya dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan yang tercipta baginya," (Shahih al-Jami).
5. Mendoakan orang yang pakai baju baru
Di samping itu, Rasulullah juga menyeru umatnya supaya mendoakan orang lain yang memakai baju baru. Bukan sahaja mendoakan diri sendiri apabila mendapat baju baru bahkan mendoakan orang lain sekali yang memakai baju baru. Ummu Khalid RA mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah baju dengan gambar-gambar warna hitam, beliau berkata, “Siapa di antara kalin yang ingin mengenakan baju ini?” orang-orang diam, dan Rasul berkata, “ Panggil Ummu Khalid ke sini!” Maka aku dibawa kepada Nabi dan aku dipakaikan pakaian itu kepadaku dengan tangan beliau sendiri. Beliau berkata, “Semoga kamu panjang umur sampai baju ini rusak dan usang.” Nabi mangatakan hal itu dua kali. (HR. Al-Bukhari)..
No comments:
Post a Comment